here come Syawal. :)

1 pendapat orang


I've been waiting for Syawal, but really sad to let Ramadhan passed by.


I'll miss Ramadhan, yet I'm welcoming for Syawal to come.

||Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin||

=)

"gay-long"

0 pendapat orang






"live healthy or die peacefully"

Amin






hantu betul!

3 pendapat orang
haih~ bulan ramadhan yang mulia ni la, ada je orang nak buat aku hilang sabar, dah la aku ni memang tak berapa nak tebal sabarnya..eee..sabar je la aku. aku fikir kau bukan kawan rapat aku je.

tapi apa yang kau buat memang tak bole bla langsung. dah lah kau duk mengeluh-ngeluh buat buat konon - konon kau lah yang berusaha sangat nak buat "reunion" tu, konon-konon orang yang sepatutnya handle lepas tangan.weh, kau nak apa? kalau kau ada banyak sangat masa nak buat reunion semua tu, kau BUAT lah weh.aku sikit pun tak heran.kau nak kata kat kawan-kawan kau yang kau berusaha keras lah tuk buat perjumpaan. ha,pergi-pergi.pergi gebang kat semua orang kau tu elok sangat! banyak nooo jasa kau nak tabur. tapi jangan nak buruk-buruk kan orang.

dah lah kau dok sebuk cakap orang lepas tangan, lagi teruk bila aku hantar message dekat kau, kau delete pula lagi! lepas dah kantoi aku hantar pula private message kat inbox FB kau, tup-tup kau buang aku dari friends list.perh! kau ni tak beragak kan.tak da lah aku nak heran apa pun yang kau nak buat.buat lah.bukan luak pun kalau aku tak kawan dengan kau! suka hati kau lah!

sekalipun kau nak mengata aku kat kawan-kawan yang lain, aku tak rasa rugi yang penting aku tahu aku pernah bagitahu kau hal sebenar. nak gaduh-gaduh tak kuasa lah aku, lantak kau lah.semoga kau puas hati dapat perhatian semua orang!

peace.I'm so out!


inilah nasibku

0 pendapat orang
tajuk entri nak sama tajuk dengan lagu rep kegemaran, tak nak kalah. Nico - Inilah nasibku (haha..bodoh, ye aku tahu)
ok, quick update dari aku, yelah dah aku buat blog aku ini kasi cantik takkan lah tak kasi update baru pula kan, kang buat orang mengata je. lagi-lagi kawan aku sendiri si Haar tu. ke main lagi dia, siap komen pasal blog aku yang tak semenggah ini.

sekarang ini asyik sibuk, tak sempat nak update selalu.tapi mungkin lepas ini aku akan cuba luangkan masa aku untuk update.InsyaAllah. aku sekarang dah naik bosan dengan study, asyik - asyik aku dok pening benda yang sama, merungut benda yang sama, membebel benda yang sama. aku tak paham lah macam mana fakulti susun subjek, kadang-kadang aku rasa subjek yang mega-mega ini tak patut duduk sekali dalam satu masa.ha, tapi ada je subjek yang kurang mega tapi berangan mega (assignment dia ke main lagi, macamlah aku ambil satu subjek itu je)

haih..geram, bengang, marah, menyampah semua jenis perasaanlah aku ada sekarang.nak nak pula aku terpaksa menyusahkan kepala Hotak aku ini fikir pasal assignments yang tak habis habis itu. yang aku tak paham, kenapalah banyak sangat benda yang tak sepatutnya aku buat, tapi aku kena buat juga.geram betul.ingat aku rajin sangat ke??

oklah, itu je update yang aku cuba sampaikan pada kali ini.

Selamat berpuasa & Selamat beramal!

tak ada diminta - minta, bila ada..

2 pendapat orang
"Hesh! cepat la cuti aku tak sabar nak lepak je dekat rumah tak payah nak pikir ape - ape pun" hah, itu ayat yang paling kerap aku bebelkan sebelum dapat cuti panjang berbulan - bulan ini. Serius, masa itu aku sampai dah tak tahan sangat, nak muntah rasanya hari - hari mengadap "assignments" naik menyampah dah lah nak buat. Tapi bila dah dapat cuti panjang ini bosan tak payah cerita lah boleh bawa sampai ke tahap nak meroyan lah.

Senarai kebaikan semasa waktu persekolahan:

1. Sekurang - kurangnya, aku ada juga matlamat dalam kehidupan harian aku, bangun pagi pergi kelas, mentelaah ala - ala kadar.

2. Sekurang - kurangnya, aku dapat juga lepak dengan kawan - kawan aku. Boleh kata hidup aku tak sempat lah juga nak kenal perkataan bosan. Tapi itu pun bila tak ada "assignments" lah.

3. Sekurang - kurangnya, masa aku terisi lah juga rasa macam ada guna aku dilahirkan ke muka bumi, ada juga benda yang aku boleh buat.tak ada lah aku terbaring atas katil je, serupa macam mati.

4. Cukup tiga alasan yang munasabah aku dah senaraikan untuk menguatkan hujah aku bahawasanya masa persekolahan itu ada juga faedahnya.

Baik, sekarang aku nak senaraikan kebaikan cuti pula:

1. Aku ada banyak sangat masa terluang, sampaikan aku tak tahu dah apa aku nak buat dengan masa yang ada.

2. Yang paling menakjubkan bila aku sempat nak menulih dalam blog yang dah lama aku tinggalkan. sangat ajaib! kalau dulu sampaikan rumah pun jarang - jarang nampak aku.

3. Setiap hari aku ada masa untuk kemaskini "status" aku dekat Facebook. (macam lah penting sangat). Dan bila aku rasa aku bosan aku boleh main kuiz yang bersepah - sepah dalam Facebook itu.

4. Hari - hari mak aku dapat tengok muka anak dia, tapi bukanlah sepanjang masa sebab selalunya aku bangun pun dah tengahari.

5. Sekurang - kurangnya, aku boleh buktikan dekat mak aku memang aku tak main - main, aku memang sibuk bila semester bermula. Nah, sekarang mak aku pun boleh lah nak heret aku ke mana - mana yang dia nak sebab aku sentiasa ada dekat rumah.

Ha, ini lah maksud aku "Kufur Nikmat". Bila tak cuti, aku sibuk meraung - raung nak cuti. Dah dapat cuti bosan pula.Haih. Patutlah tuhan kedekut rezeki dengan aku.


cuti itu nikmat

4 pendapat orang
keinginan untuk berblogging ini sebenarnya dah hampir 90% tak ada dalam kepala aku. aku terlalu sibuk dengan urusan dunia sampai kan alam maya punya hal tidak sempat nak jengah pun. sekarang ini baru la dapat berehat, semester 4 sangat sibuk tak sangka masa aku diploma dulu, ingatkan dah cukup sibuk dah.

jadi, tunggu lah bila aku ada "mood" nak menulis lagi. buat masa sekarang "mood" untuk tidak buat apa - apa.

selamat bercuti kawan - kawan.
mesti aku rindu kau orang!

entri pertama saya

2 pendapat orang
Jangan terkejut sebab kali ini saya gelar diri saya sebagai saya 'in stead of' aku, mungkin saya sengaja, jadi abaikan. :p

Baiklah, sebenarnya saya tidak ada apa pun hendak diceritakan, kebetulan mata saya suka bertindak di luar jangkaan, entahlah saya pun kurang arif tentang mata, tetapi mata saya memang pelik bila saya mahu berjaga malam untuk membuat 'assignment' tidak lah pula seterang ini, sekejapan saya berasa sangat mengantuk dan menguap bagaikan mahu terkoyak mulut saya. tapi bila saya berinternet, membuat kerja - kerja yang melalaikan elok sahaja mata ini berfungsi. barangkali bukan salah syaitan, mungkin saya sendiri yang membuatkan ia terjadi sebegitu.

Baik, cukup mengenai mata sebab saya tahu awak langsung tak tertarik tentang mata saya yang kadang kadang orang tak perasan pun saya ada mata, sebab terlalu kecil. tidak mengapa. sebenarnya saya hendak bercerita tentang perkara yang saya tidak gemar dan tidak suka.

1. Saya tidak suka apabila saya tiba tiba bertukar menjadi sangat pemalas: sifat malas bukanlah diwarisi dari ibubapa saya, oh tetapi mungkin sedikit dari emak saya, sebab saya jarang tengok emak saya kemas rumah..haha tapi mungkin juga tidak, mungkin emak saya sebenarnya rajin sebab saya selalu bangun lambat, rumah dah siap disapu. tak mungkin ada orang lain yang sapu kecuali emak saya. jadi itu bukan salah dia. saya pemalas dan saya tidak tahu kenapa. awak ada jawapannya?sila komen kemudian.


2. Saya tidak suka tidur saya diganggu gugat oleh mimpi seram mahupun manusia yang pendengki: Ya, saya tahu saya memang suka tidur, tapi saya tidur di bilik saya jadi apa salahnya kalau saya nak tidur sekalipun, saya tidak mengganggu kehidupan seharian siapapun, dahulu emak saya suka bising jika saya bangun lambat, sekarang tidak lagi. emak saya memang memahami atau mungkin dia sudah jelak hendak terpekik terlolong untuk kejutkan saya. haha dan saya sangat benci mimpi seram ia membuatkan saya letih dan bangun dengan perasan bengang dengan hantu yang tidak berpendidikan dalam mimpi saya itu.


3. Saya tak suka apabila saya suka makan: saya sedar dan tahu hakikat bahawa saya berbadan besar dan kadang kadang orang akan ingat saya mengandung atau terkena buatan orang kerana perut saya yang buncit. tetapi tidak, saya sendiri ada masalah untuk tidak makan. saya terlalu suka makanan. saya pun tidak tahu kenapa. nasib baik emak saya jarang masak, jika tidak mungkin sekarang saiz badan saya bertambah dua kali ganda. walau apapun saya bersyukur, sekurang kurangnya saya makan, cuma saya harap ada orang yang boleh bagi saya tips untuk tidak makan. terima kasih sudi membantu saya. :)


4. Saya tidak suka bila saya terpaksa bergaduh dengan sesiapa: saya bukanlah kaki gaduh apatah lagi kaki pukul, saya tidak suka pada keganasan, itu bukanlah tujuan utama saya hidup di dunia ini. tetapi kerana kejahilan dan kebanggangan saya kadang kadang saya bergaduh juga dengan orang, tapi alhamdulillah setakat ini saya tidak pernah gaduh hanya kerana sebatang pensil tekan. saya sayang kawan kawan saya. :)


5. Saya tidak suka hakikat bahawasanya saya tidak berduit seperti orang di dalam drama televisyen (watak watak hartawan yang membuat projek bermillion million dan mereka adalah melayu): ya, saya ada jawapan kepada ketidaksukaan saya. mungkin sebab azalinya saya tidak pernah bercita cita untuk menghakis sikap boros saya. kasihan ibubapa saya entah berapa banyak duit mereka saya dah habiskan. insyaallah kalau emak dan ayah saya ada teringat untuk mendoakan saya dalam sembahyang mereka dan usaha saya untuk menjadi orang kaya berkesan, suatu hari saya juga seperti mereka. kaya raya. awak semua saya belanja. insyaAllah.



6. Saya tidak suka apabila saya suka bazir masa: Kenyataan ini memang benar, sebagai contoh sekarang saya tidak sepatutnya menulis di dalam ruang ini, kerana saya masih ada dua kerja yang tertunggak dan saya diwajibkan untuk menghantar 'assignments' saya pada hari rabu ini. tetapi kenapa saya di sini. seperti yang saya katakan bazir masa. ini bukan hobi saya tetapi mungkin sudah menjadi 'habit'. tolonglah saya juga perlukan tip kecemerlangan untuk ini.


Saya rasa awak semua pun sudah bosan memberi perhatian kepada entri saya ini. Setakat ini sahajalah, jika awak berminat awak boleh tinggalkan komen, tapi terpulang kepada awak. sebab saya tahu saya sudah semakin membosankan. saya tidak kisah sebab saya tidak pernah kisah tentang diri awak. haha.. tidak saya sayang pembaca blog saya. sila jenguk lagi dan teruskan membaca. :)